KOPI OH KOPI
Kali ini Latifah Omar (LO) nak berkongsi sedikit tentang kopi, di mana ramai yang berpendapat coffee antara minuman yang kurang sihat kerana ia mempunyai kafein dn tidak elok untuk tubuh badan. Namun tanpa kita ketahui atau tidak sebenarnya tubuh badan kita juga memerlukan sedikit kafein untuk merangsang minda serta memberi fokus pada tindakan atau kerja yang kita lakukan.
Sebenarnya jika kita amalkan kopi dengan mengikut sukatan dan sarabab yang disyorkan untuk keperluan badan kita Insyaallah tiada apa yang memudaratkan dan sekaligus ianya boleh menadikan badan kita rasa sihat dan cergas.
TERDAPAT 5 CARA UNTK KITA AMALKAN KOPI SECARA SIHAT;
💥Tidak perlu tambah gula pada miniman INSTANT 3 in 1 / 4 in 1 kerana kandungan nya sudah lengkap.
💥Pilih jenama yang berkualiti dan dipercayai proses kandungannya
💥Elak minum berlebihan dari yang disyorkan, minum sekurang kurang 2-3 cawan sehari.
💥Minum setengah jam sebelum makan atau setengah jam selepas makan
💥Minum 2pm ke atas kerana waktu begini kekurangan kafein dalam badan, jadi jika minum selepas jam 2.00pm kafein akan bertindak sebagai perangsang memberi tenaga dan menjadikan kita fokus dalam kerja dan mengurangkan rasa letih.
KAFEIN sebenarnya bertindak sebagai perangsang kepada sistem saraf pusat (central nervous system) di mana ia bertindak memberi dan memulihkan tenaga, fokus dalam melakukan kerja serta memberi satu perasaan yang segar dan menjadikan mood bertambah baik.
Secara purata secawan coffee mempunyai 95mg -180mg kafein, tetapi ianya bergantung kepada kandungan dan jenis coffee, cara panggang dan campuran di dalam coffee mengikut saiz hidangannya.
Ulasan
Catat Ulasan