KOPI PEGAGA
Assalammualaikum .. Hari ini Cik Fazz nak refresh semula tentang KOPI PEGAGA. Walaupun ramai yang sudah tahu tentang KOPI PEGAGA keluaran LATIFAH OMAR namun CIK fAZZ tetap akan kongsikan juga sebab kalau kita tak refresh semula lama lama kita akan lupa... KOPI PEGAGA ini sangat istimewa bagi kami kerana KOPI PEGAGA merupakan produk signature, produk utama dan yang pertama kami keluarkan. Masih CIK FAZZ ingat lagi ketika Cik Fazz belajar jauh dari keluarga tahun 2000, betapa gigih ibu dan ayah Cik Fazz membuat rnd dan inovasikan serbuk pegaga dengan coffee. Tercetus idea nak buat produk coffee berasaskan ulaman, bilamana Mama Cik Fazz merupakan pengeluar herba dan bidan urut melihat era zaman 20 an ramai wanita yang tidak gemar amalkan makan ulam, minum jamu dan amalkan kesihatan alasan sibuk, jamu pahit, ulam susah nak jumpa, makan nasi dengan ulam tak berapa sedap mungkin. Mengenangkan sikap wanita dan kasihan dengan wanita di luar sana yang datang urut dengan Mama Cik Fazz ad...