Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2023

PEGAGA ANTIBIOTIK SEMULAJADI

Imej
 PEGAGA merupakan salah satu herba atau ulam yang kaya dengan antibiotik semulajadi kerana Pegaga bersifat antibakteria, di mana pegaga bertindak agen antibakteria yang efektif terhadap bakteria, fungus, dan virus yang menyerang badan manusia. Ini telah di iktiraf melalui kajian yang diterbitkan pada tahun 2011 jurnal LIFE SCIENCES AND MEDICINE RESEARCH.  Jadi pengamal ulam PEGAGA boleh mencegah dan menghindar penyakit dalaman di mana usia golden menjadikan kita sentiasa cergas dan cerdas walau di penghujung usia, bebas tanpa sebarang penyakit. Insyaallah.  Nanti cikfazz akan kongsikan lagi tentang kebaikan amalkan PEGAGA ni ya. Benda baik lebih elok kita kongsikan, semoga bermanfaat kepada semua.

PEGAGA ...

Imej
PEGAGA... Ramai yang tahu tentang ULAM PEGAGA tapi tahukah anda , PEGAGA sebenarnya dikategorikan di dalam kumpulan herba dan sangat popular di kalangan ulaman yang lain. PEGAGA adalah nama tempatan, CENTELLA ASIATICA   merupakan nama santifik yang diguna dalam perubatan moden, manakala nama biasa di panggil ASIATIC PENNYWOR T atau GOTU KOLA. Pegaga di kenali  sejak dahulu lagi terutama di negara INDIA di jadikan perubatan AYURVEDIK, begitu juga di negara CINA. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menyarankan PEGAGA tumbuhan yang sangat penting untuk dipelihara dan di tanam kerana mempunyai kelebihan untuk kesihatan. Di Malaysia PEGAGA sangat popular di jadikan ulaman berbanding herba untuk kesihatan dalaman. TAHUKAH ANDA PEGAGA sangat elok untuk kesihatan dalaman kerana tumbuhan ini tumbuh meliar dan kaya dengan antibiotik semulajadi. Bukan sahaja daunnya tetapi keseluruhan pokok PEGAGA termasuk akar nya sekali mempunyai banyak khasiatnya.  Jadi disebabkan itu LO me...