Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2017

LATIFAH OMAR 2

Entri sebelum ini LATIFAH OMAR 1 berkisar tentang nama bonda saya sama dengan SENIWATI LATIFAH OMAR,.. Kali ini Fazila nak sambung pula kisah keturunan bagaimana herba dan jamu sangat sebati dengan BONDA saya dan saya. Kami memang pengamal tegar JAMU AKAR KAYU, SERBUK dan apa sahaja JAMU untuk kesihatan dalaman. Asal keturunan kami Jawa + Cina + Arab tapi kalau saya ceritakan di sini tentang susur galur keturunan campuran keluarga kami tentu 30 hari 30 malam tak habis kisahnya. Dipendekkan cerita keturunan kami nenek moyang saya dahulu adalah bidan. Pengamal jamu dan menghasil jamu. Bila sudah digelar bidan mengurut orang berpantang ketika bersalin, mengurut untuk bagi badan sihat dan segar jadi sudah tentu bab herba dan jamu salah satu kepakaran bidan.  Zaman dahulu orang lama memang pandai menilai khasiat setiap herba-herba akar kayu, kemodenan perubatan zaman dahulu kala tidak sama seperti sekarang. Jadi herba dan ulam-ulaman boleh dikatakan  menjadi m...

LATIFAH OMAR 1

Assalammualaikum.. Saya Fazila atau dikenali dengan nama ILA di kalangan keluarga saya. Namun bagi memudahkan semua panggilan yang lebih selesa saya suka anda panggil saya dengan nama FAZILA. Bukan diri saya atau tentang saya yang ingin saya sampaikan di dalam entri ini, tetapi saya ingin berkongsi tentang Pengasas Produk Latifah Omar. Untuk permulaan saya ingin menceritakan tentang sejarah  LATIFAH OMAR... LATIFAH OMAR nama yang amat sinonim dan cukup dikenali kerana satu ketika dahulu seniwati LATIFAH OMAR sangat di minati ramai, namun apa yang ingin saya maklumkan LATIFAH OMAR yang ingin saya ceritakan kisahnya bukanlah seniwati, bukan juga insan seni yang dikenali. Beliau tidak pernah muncul di layar perak namun nama beliau tetap meniti di bibir  semua peminat SENIWATI LATIFAH OMAR. LATIFAH OMAR yang saya maksudkan adalah BONDA saya, atau lebih mesra saya suka dengan panggilan MAMA.. Ya, namanya sama dengan nama SENIWATI LATIFAH OMAR ini kerana ketika ibu kepada ...