Enterprise ke Sdn. Bhd...
Bermula tahun 1994 - 2013 Puan latifah Omar mengurut dan menjual produk herba turun temurun beliau dari zaman nenek moyang, bermula dari situ beliau memulakan perniagaan produk dan tahun 2004 mula tercetusnya produk KOPI PEGAGA. Mencipta resepi herba, minuman sensasi dan untuk kesihatan dalaman wanita dan lelaki sudah sinonim dengan beliau. Beliau telah mengkomersialkan perniagaan herba sejak tahun 1994 sehingga sekarang. Memulakan perniagaan dengan hanya syarikat Enterprise, kini beliau telah mempunyai syarikat Sdn. Bhd - LATIFAH OMAR GROUPS SDN. BHD. Target pasaran produk beliau kini semakin meluas. Kini perniagaan beliau makin berkembang dan berdaya saing dengan syarikat lain dan kini telah mula di terajui oleh anak-anak beliau. Setiap masa akan ada perubahan dan penambahbaikan bagi mempertingkatkan lagi perniagaan dan legasi perniaagaan yang sedia ada.