KOPI KOLAGEN




 Kopi Kolagen Serapat Latifah Omar...

Kopi Kolagen Serapat adalah salah satu produk keluaran Latifah Omar di mana mula di pasarkan pada tahun 2010. Namun pada awal nya Kopi Kolagen di jual secara per sachet bagi permulaan test market. Lama kelamaan makin mendapat sambutan dan alhamdulillah Kopi Kolagen Serapat LO makin boleh di terima oleh pelanggan yang sudah mengamalkannya. Maka setelah beberapa tahun kami komersialkan produk KOPI  KOLAGEN, dengan mengeluarkan kotak khas untuk KOPI KOLAGEN SERAPAT  LO.


Apakah KOLAGEN?

Kolagen adalah sejenis protein berserat yang terdapat di dalam badan kita di mana ia mengawal fungsi sel, kulit, sendi dan tendon.  Sumber protein kolagen terdapat pada haiwan terutama nya ikan Salmon. Dalam industri minuman, kesihatan dan kecantikan kolagen yang di gunakan adalah daripada ekstrak ikan salmon atau ikan merah.

SUMBER KOLAGEN bukan sahaja daripada ekstrak ikan tetapi ada juga daripada LEMBU di mana di ekstrak daripada tulang, kulit dan otot lembu. 

Jadi sebagai pengguna berhati hati dalam memilih produk kesihatan atau kecantikan yang berasaskan daripada KOLAGEN. Pastikan produk itu di yakini halal dan isi kandungannya bukan dari bahan terlarang.


untuk makluman dan info 

Kopi Kolagen Serapat LO menggunakan ekstrak ikan Salmon dalam menghasilkan minuman sensasi berasaskan kesihatan dalaman untuk semua. 

Apakah khasiat dan peranan utama KOLAGEN untuk tubuh badan kita dan apakah pula maksud di sebalik SERAPAT? Insyaallah akan Cik Fazz kongsikan nanti ya di lain entri.

bilacikfazzmenulis

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

COFFEE DAN LATIFAH OMAR

PEGAGA ...

PEGAGA DAN WHO.