LATIFAH OMAR 3 - Last Episod-
Bila sudah boleh menghasilkan herba sendiri dan mempunyai bakat pula dalam bidang mengurut, jadi keduanya mempunyai kaitan, maka bermula la satu episod di mana Puan Latifah Omar mula di kenali dengan Pakar Urut Tradisional pada tahun 1994. Di mana beliau memulakan urut di rumah, pergi ke rumah client bagi yang ersalin dan menyediakan khidmat minuman herba selepas mengurut.
Ketika itu memang ramai yang ingin membuat temujanji. Perkhidmatan mengurut beliau memang tip top dan pelanggan dari serata negeri datang mengurut dengan beliau. Mengurut dan memberi minum jamu selepas mengurut, ketika inilah Puan Latifah Omar melihat tidak semua orang boleh menerima minum herba tapi mahu kekal sihat dan cergas sepanjang hari. Kebanyakan orang muda tidak mudah menerima rasa jamu yang agak pahit dan payau bagi mereka. Bagi saya rasa jamu enak tak pahit dan payau sebab saya sudah biasa mengamalkan jamu.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan tahun berganti tahun seiring dengan peredaran masa dan perubahan semasa melihat semakin ramai pelanggan beliau yang kurang berminat mengamalkan herba tradisional maka tercetus satu inovasi hasil idea dan air tangan Puan Latifah menghasilkan Kopi Pegaga di campur dengan White Coffee bagi menghasilkan minuman sensasi untuk semua orang yang ingin kekal sihat dalaman, cergas dan cerdas tanpa ada rungutan rasa pahit herba dan kelatnya daun ulam-ulaman.
Tahun 2004 tercetusnya produk KOPI PEGAGA atau dikenali dengan nama PEGAGA WHITE COFFEE,,, Namun herba tradisional juga masih di teruskan juga sehingga kini.
Ulasan
Catat Ulasan