LATIFAH OMAR 2
Entri sebelum ini LATIFAH OMAR 1 berkisar tentang nama bonda saya sama dengan SENIWATI LATIFAH OMAR,..
Kali ini Fazila nak sambung pula kisah keturunan bagaimana herba dan jamu sangat sebati dengan BONDA saya dan saya. Kami memang pengamal tegar JAMU AKAR KAYU, SERBUK dan apa sahaja JAMU untuk kesihatan dalaman.
Asal keturunan kami Jawa + Cina + Arab tapi kalau saya ceritakan di sini tentang susur galur keturunan campuran keluarga kami tentu 30 hari 30 malam tak habis kisahnya. Dipendekkan cerita keturunan kami nenek moyang saya dahulu adalah bidan. Pengamal jamu dan menghasil jamu. Bila sudah digelar bidan mengurut orang berpantang ketika bersalin, mengurut untuk bagi badan sihat dan segar jadi sudah tentu bab herba dan jamu salah satu kepakaran bidan.
Zaman dahulu orang lama memang pandai menilai khasiat setiap herba-herba akar kayu, kemodenan perubatan zaman dahulu kala tidak sama seperti sekarang. Jadi herba dan ulam-ulaman boleh dikatakan menjadi makanan ruji zaman sebelum merdeka.
Menurut cerita dari BONDA saya, Moyang saya dahulu memang pakar dalam menghasilkan jamu-jamu untuk kesihatan dalaman, alhamdulillah setiap pelanggan urut dan pengamal jamunya ketika itu memang sihat-sihat belaka.
Bagaimana pula BONDA saya turut mengetahui tentang jamu-jamu dan herba akar kayu??
BONDA saya adalah di antara cucu kesayangan moyang saya, menurut apa yang BONDA saya ceritakan kepada saya, ketika beliau kecil seusia 5 tahun, moyang saya suka membawa BONDA saya ketika beliau pergi mengurut dan mencari akar-akar kayu herba. Bukan itu sahaja, malahan moyang saya sentiasa menunjuk ajar BONDA saya nama setiap herba akar kayu dan khasiatnya. BONDA saya ketika itu hanya menurut dan mambantu moyang saya menyediakan segala jenis bahan akar kayu rebusan.
Bukan moyang saya saja yang mengajar BONDA , malah OPAH saya juga turut mengajar BONDA saya dalam cara-cara menyediakan segala herba-herba untuk kesihatan dalaman wanita, manakala ATUK saya pula mengajar tentang herba-herba yang sesuai di amalkan untuk lelaki.
Maka bermula dari situ, BONDA saya sehingga sekarang amat pakar dalam menyediakan resipi dan ramuan herba-herba akar kayu untuk kesihatan dalaman wanita dan lelaki. BONDA saya juga turut mewarisi kepakaran mengurut dari MOYANG, ATUK dan OPAH saya..
Nanti next entri Fazila akan ceritakan pula kisah sistem mengurut dan bagaimana BONDA saya boleh terkenal dengan URUTAN beliau yang sehingga kini tetap menjadi sebutan dan pujaan...
Ulasan
Catat Ulasan